<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31






laman sahabat

arirada

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, September 07, 2008
Jambatan kasih…


 

 

        Tanggal 24 Ogos 08  pertemuan dua keluarga diatur untuk menjalin ikatan keluraga agar lebih erat lagi. Panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga padaNya segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, moga perkenalan pertama dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua pihak lagi di masa akan datang. Kusedari sewaktu itu, hujan rahmat yang turun  semasa  majlis pertemuan berlangsung seolah-olah merestui jalinan antara 2 keluarga. Syukur Alhamdulilah!Big Smile






Posted at 12:36 pm by Najiyah
Comments (3)  

Wednesday, September 03, 2008
Yang ditunggu dah tiba!!!

 

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51

 

Ahlan Ya Ramadahan Kareem!!!

 Selamat menyambut bulan Ramadahan ,semoga Ramadahan yang dilimpahi rahmat dapat manfaatkan sebaik mungkin.

 

Kemeriahan saat berbuka puasa bersama-sama keluarga akhirnya tiba juga,Syukur alhamdulilah kali ni setiap hujung minggu aku dapat berbuka puasa bersama mak &ayah. Tak macam enam tahun sebelum ni, aku dapat berbuka posa saat-saat akhir saja maklumlah sehari sebelum baru dapat balik bercuti. Esok hari khamis, saat yang ditunggu nak balik rumah hehe..


Posted at 01:58 pm by Najiyah
Make a comment  

Friday, August 29, 2008
Mengimbau kembali...



Salam Hi everybody! Minggu ni dah masuk minggu ke tujuh aku kat sekolah. Minggu lepas cuti sekolah. Walau camnapun aku takdapat fully enjoy my holiday sebab majlis konvo yang berlangsung kat UIA. Menghabiskan 3 tahun setengah + 2 tahun matrikulasi, + Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat jugak menggemgam segulung ijazah. bukan senang tu hehe tapi bila fikir-fikir balik segulung ijazah sekarang samakah dengan ilmu yang diperolehi semasa menuntut ilmu? Tepuk dada tanya iman…

 

For mak and ayah jazakumullah khairal jaza’ dan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan serta doa iringan sepanjang waktu belajar di sini, segalanya tidak mampu dibalas. Dan makin bermakna kedua-duanya dapat hadir di majlis konvo tersebut. Thank you Allah!


Dan tak lupa jugak kutitipkan sekalung jutaan terima kasih  pada seluruh ahli keluargaku yang banyak membantu dan memberi sokongan dalam perjuangan ini; K.long & abg Long with dikna and eipah, K.Nyah & abg Ngah and with  2 cute daughters and 2 sons last but not least K.your & Abg Ya.

 

Syukur Alhamdulillah Taman Ilmu dan Budi satu lembah banyak menyimpan seribu kenangan yang tak mungkin aku lupakan. Ada sahabat-sahabat baik dan sangat memahami mengiringi setiap derap kaki yang melangkah dalam perjuangan. Najwa,Azi, Mcyah, Chelea, Dik Ajura, Kamalia antara insan-insan yang banyak membantu susah dan senang, akhwat QYC- (Quranic Youth Club) yang banyak membimbing untuk  mengenali diri,  Jasaian( program yang dianjurkan bayak melibatkan orang asli khasnya di Negeri sembilan dan Kelantan) yang banyak memberi peluang kepadaku mengenali erti hidup, IRKian and all my frenz yang mengenali diri ini. Kenangan manis saat bersama tak mungkin dilupakan.

 

Special thanks to my beloved ‘perisik’ hehe yang tak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan dalam hidupku saat susah dan senang.  Harapanku perjalanan mengutip mutiara ilmu, takkan terhenti di sini sahaja. InsyaAllah jika diizin Allah harapnya dapat sambung master pulak. Amin

 

Buat adik-adik yang masih lagi kat universiti, cuba ambil peluang sebaik mungkin untuk timba pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin!

 

                                                            Wassalam….






"HOrreYY Dah HaBis BeLaJaR"~~~


Posted at 01:45 pm by Najiyah
Make a comment  

Sunday, August 10, 2008
I'm back...

 

 

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum....


Hi frenz, long time no see...
Big Smile


Firstly, Buat Kunang Api sure aku memang dah lama betul tak update blog niWink. Kali terakhir final sem DPLI...really busy.. sempat jengok kot tingkat blog ja hehe..Act last day kat UIA 11 Julai..then terus balik kg. Aku bersyukur dapat sangat dapat praktikal di tempat sendiri. Sempat duduk rumah sehari ja pastu esok petangnya terus pegi umah Najwa petang sabtu,alahai dapat praktikal kat tempat sendiri pun kena tumpang umah orang jagk.. bi makna aku akan tinggal di rumag najwa 3 bulan lebih...redha...tapi takpa at least dapat jugak balik kg ujung minggu. aku ngan Najwa dapat ngajar satu sekolah.

Walaupun dah hampir sebulan tapi saat-saat hari pertama masuk sekolah, memang berdebar-debar. Macam-macam persepsi yang timbul. teruja, takut, tak yakin ai macam-macam lah. Mak najwa punya turut teruja jugak. Haha malam sebelumnya sampai pagi macam- macam andaian yang telahan kami buat.. haa... sampai macam tu skali. Pagi tu Makngah aku bahasakan pada Najwa's mama anta kami berdua. Sah! makngah jugak berdebar hehehe.
Smile Sampai kat sekolah kami terus ke opis jumpa dengan PK untuk lapor diri. sementara tunggu dapat jadual kami balik ke bilik guru. Hilang debor sikit.  SurpriseLepas perhimpunan terus dapat jadual kelas. Kira  ok la kelas yang aku dapat untuk form 4 tapi kalu form 1 ni memang kena betul2 jadi garang kalu tak, hancussss.

Kami berdua ditempatkan betul-betul kat meja jamuan dalam bilik guru tu. so jadi tempat lepak la time lepas penat ngajaq macam-macam cita boleh dengar. Dalam sibuk-sibuk praktikal ni, najwa sempat lagi bertunang hehe. Tanggal 2 Ogos najwa telah bertunang dengan jejaka pilihan hati iaitu Ncik Fauzi yang jugak guru. Tahniah Najwa!..
Wink

Kami berdua memang enjoy duduk  sekolah ni.. rakan sekerja kami semuanya baik-baik dan banyak bagi sokongan dan dorongan, so tiap hari happy ja nak mai sekolah no tension! no stress! hehe.haa kami ada rakan sekerja yang so sporting and best we called cikgu Suhaimi.

Oh lupa plak! tak sampai seminggu kami di sini, dapat la rakan praktikal baru, namanya Lily, from Uitm. Untuk proses pemantauan, kami berdua dah settle untuk round pertama. Bulan 9 nant masuk round kedua. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Ni ada satu cerita yang nak dikongsi, saat mencemaskan kelmarin, lecturer aku datang nak buat pemantauan. Sampai ja di sekolah, aku dapati bilik perdana yang akan aku guna untuk mengajar tu telah digunakan oleh PK. Aduh memang gabra waktu tu. Bahan yang dah prepare semuanya nak kena tayang.


Terus jumpa dengan Cikgu Suhaimi mintak tolong dia cari bilik yang ada LCD, syukur  sangat ada Lab fizik yang free masa tu, dalam kelam kabut nak buat preparation, Najwa datang bagitau pensyarah salah tengok jadual dia still lagi kat hotel..kalaulah masa tu pensyarah aku dah stand by depan kelas, memang hancur jugak pengajaran aku pagi tu, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pagi tu, pengajaran pun berjalan lancar. Budak-budak bagi respon yang sangat bagus.. thanks anak didikku!Smile  

 

So tulah sikit sebanyak yang dapat di kongsi pengalaman aku di alam pekerjaan. Macam2 lagi sebenarnya karenah budak2 ni nanti aku cita lagi…Wassalam!Shades

                                    


 

 

 


Posted at 10:31 am by Najiyah
Make a comment  

Thursday, May 22, 2008
Azi oh azi..

 

Majlis pertunangan …Big Smile

Inilah kisah sahabat aku yang bakal dipinang oleh insan yang telah lama bertakhta dihatinya. Khamis malam kami(aku cik lea n najwa) bertolak ke parit buntar. Sampai lebih kurang pukul 4 pagi.

Pagi  jumaat itu kami sibuk menolong membuat hantaran yang akan diberi kepada pihak lelaki. Pada sebelah petangnya,kami ke rumah tok Azi yang tak seberapa jauh dari rumahnya. Cadangan dari tok Azi nak buat kenduri di rumanya. Jadi petang itu, kami turun padang untuk mengaupas bawang, ubi kentang dan sebagainya. Hmm tok azi ni... juga ada resepi keluarga yang akan dimasak untuk tetamu. Rendang ayam. Memang sedap lah.Dah sempat tuntut ilmu hari tu. Wink Malam tu kami ke rumah bapa saudara kerana pihak lelaki akan memnetap sementara di situ jadi kenalah tolong sediakan apa yang patut. sampai saja di pintu masuk Azi yang di depan nampak bakal tunangnya. Malu-malu kucing aku tengok. Kelakarlah pulak budak –budak ni. Malam tu jugak "pak'(panggilan azi pada bapa saudaranya) ada tempah nasi kandar dengan kari kambing . Fuh! Makan tak panggung kepala dah...Smile dah siap kemas barang dan cuci pinggan kami pun balik ke rumah Azi. Hari esok lebih penting.Tak sabar menunggu acara kemuncak esok hari.

Pagi tu setelah bersiap kami ke parit buntar untuk mengambil kek dan membeli sedikit barang. Dah selesai beli berang kami terus pecut balik rumah. Azi disolek oleh cik lea hehe dan di 'edit' mukanya sikit oleh kak Am yang cool lg cooler. Hehe.Tepat jam 3 petang rombongan pihak lelaki pun sampai. Aku ditugaskan menjadi juru gambar. Azi dipanggil oleh chu untuk keluar sarung cincin. Haaa cuak muka dia. Dah senyum pun tak jadi. Dah saat disarung cincin dijari, azi pengsan! Surprise.........................................................................................

Ehhh takdalah! lawak je ekkkk  Tongue dan debaran pun berakhir yang selama ini ditunggu.

Sebagai sahabat, aku dapat lihat dan turut merasa banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. That why kami memang beria nak turun Kg sg.Acheh untuk saksikan sendiri majlis yang boleh dikira detik bersejarah dalam hidup Azi, sampai abg Hamdi pon tak putus-putus kem salam dan ucap selamat.Big Smile Dan syukur segalanya berakhir dengan selamatnya. Tinggal lagi satu step untuk membina masjid. Moga Allah permudah urusan kalian dalam membina mahligai impian. Persetujuan dua pihak menyatakan mereka kenduri akan dilangsung pada bulan 11InsyaAllah. Kita tunggu makan nasi minyak pulak ek.

Pls: alahai....lepas ni sapa pulak antara kita berempat?tah2 ada orang selalu nak jatuh parit buntaq kot! hehe

"mcyah, really sori for da late report with full version...daaaa"


Posted at 03:45 pm by Najiyah
Comments (2)  

A day to remember!

 

 Satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan! Kawan- kawan semua nak tau, semalam tanggal 27 April 2008, warga kelas 1- DPLI membuat parti in the garden hehe..meriah dan mendapat kerjasama yang amat baik dari semua warga Sc1. memang happening habis lah! Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada:

K.tie, Kazura wanis,K.Nurul, KNida, K.Nor ( selaku tukang masak yang menyediakan nasi kerabu dengan secret resepi warisan nenek K.Nida hehe)

K.Gee, K.Linah.(aturcara game yang teratur dan menarik+happening),

K.Ipah(menawarkan khidmat menunpang masak di rumah)

K.Ahad dan Alan( yang menjadi hos sendaloka =))

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh "Abang Nas'' bukan yg kelab disney tu ek. Kemudian kata- kata aluan by penghulu Abang Hamdi. Acara diteruskan dengan sendaloka yang meriah dan gempak ooo. Alkisah, kami kena berlakon pergi meminang mengikut loghat yang telah ditetapkan. Group aku diberi nama kumpalan black ross kena logaht kelantan "hanco habih mek weiiiii'' .Ada yang kena cakap sabah dan ada kumpulan yang kena cakap loghat kedah!

Yang pasti group mek la yang menang...hehe. lepas tu kami main kotak beracun. Ha ni memang kena getaran di jiwa sungguh. Soalan-soalan dikira mencabar jugak. Menarik sebab soalan dan denda yang dibuat berkaitan dengan bakal guru macam kami huhu. Mengubah persepsi bila bermain kotak beracun asyik diperkena aje. Ni lain dari yang lain tau! Cayalah k.Gee n K.Linah and the gang.

Walau bagaimanapun acara ini agak kurang lengkap kerana ada beberapa warga Sc 1 yang tak dapat hadir ke birthday party ni atas sebab-sebab tertentu. They are Yen, Kipah, Nik dan shahir( yang hanya sempat bersendaloka saja sebab ada hal).


Selepas acara penyampaian hadiah kepada birthday girl and birthdaya boy -who born start from Jan-May, acara makan-makan pun menyusul. Perut tengah lapar. Makan pun sodap!!! Nyum….nyum….ada nasi kerabu, kek coklat, pudding roti berkoktel,kacang2 dll. Last, Moga ukhwah yang terbina kekal selamaya.


p/s: suppprisssssse!!! Yang bertudung hitam di tengah tu antara aku dan cik lea tu adalah K.Ayu- wife Anang Hamdi =) dapat jumpa jugak akhirnya. Manis dan ayu kan??! persis nama tuan badanhehe



Posted at 03:26 pm by Najiyah
Make a comment  

Wednesday, April 23, 2008
Adakah Aku Ikhlas?

Renung-renungkan! 

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-

1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.

6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya.

wassalam


Posted at 12:10 am by Najiyah
Make a comment  

Tuesday, April 22, 2008
Perjalanan diteruskan......

salam

hi everybody! Sem baru bermula. Kali ini lagi hebat cabaran “laluan berhalang’’  yang kami terpaksa tempuhi. Sungguh kali ini lagi hebat dari sem yang sebelumnya. Walaupun baru bermula tapi bibit-bibit sibuk tak cukup kaki tangan dah mula terbayang.

 

To  mcyah let’s  see our subjects:Big Smile

 

Micro Teaching

Advandce Studies In Islamic Education

Management And Supervision Of Co-Cu

Action Research

Method In Teaching Islamic Education

Technology And Innovation In Education

Leadership And Islamic Education

 

   Juz imagine hari Isnin kelas bermula dari jam 8.30pg sampai 9.30 mlm. Sangat penat!

Lima subject direct!. Lepas ni assignment akan mula dapat, jadi all dplians kena prepare mind and physical untuk hadapi laluan berhalang yang aku cakapkan tadi.

Semoga explorace kita sampai ke penghujung dan mendapat key box masing-masing untuk melangkah kaki ke alam yang lebih mencabar di luar sana! Cayok2!......Tongue

 

 

 


Posted at 11:51 pm by Najiyah
Comments (3)  

Monday, April 14, 2008
Pesta buku 2008

 

Acara yang paling ditunggu setiap tahun. Pasti aku dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang untuk pergi ke sana…tapi sebelum tu ada cerita yang ingin di kongsi bersama. Sebaiksaja habis final exam aku dan che lea menyewa kereta. Tujuannya aku nak belajar kereta, cuti semester kali ni aku akan test JPJ. Takut . Risau. Suma ada . maklumlah macam-macam cerita yang dengar pasal JPJ time nak test. Nak dapat lessen besaq hehe. Di pendekkan cerita aku lulus dengan jayanyalah. Syukur Alhamdulillah….Allah permudahkan kerja. Malam tu jugak aku langsung balik ke UIA. Sampai pukul tujuh terus jumpa dengan sahabat yang dah lama jumpa. Sape lagi kalau bukan Syemek. Insan yang sanggup turun Kl time cuti sem. Agenda yang terancang sekali. Kalau Cikgu Romlah tau pasal novel-novel yang dibeli masa bookfare ni sure berleter tak cukup mulut. Hehe... aku memang terkezut la pas dia cakap suma sekali novel yang dibeli lapan buah. Kalau nak tengok pegi dekat blog dia arirada.blogdrive.com.

Yang menariknya kali ini, aku dan tiga orang sahabat lagi tu(azi, najwa dan mcyah) dengan rasa bangga n bestnya pergi dengan abang Hamdi. Senior classmate DPLI. Aduh sampai nak patah kaki jalan pusing- pusing kat gerai. Macam- macam ada. Wink

Kali ni banyak juga harga runtuh untuk tawaran  melanggan majalah. Aku langgan milennea Muslim dan Anis. Antara buku-buku yang dibeli kali ni; Terjemah Sirah Nabawiyyah, Guru Bestari Pelajar Jauhari, Dibawah Naungan Cinta, Sebuah Novel Aa+ Bb(by hlovate, antara favourite writter). Suma dah habis dikhatam. Tinggal sirah nabawiyyah jer belum lagi.726 muka surat tu! Baca sikit-sikit takut habis. Hehe. TongueDengan khidmat dan jasa baik Abg hamdi juga buku-buku kami selamat sampai UIA, sebabnya selepas membeli belah aku dan tiga orang rakan lg berpisah ikut haluan masing-masing. Najwa dan Azi akan balik kg manakala Mcyah akan balik Terengganu, dan aku balik umah kak long kat Bangi sementara tunggu sem 2 start .Lama dah tak jumpa Dikna. Dah setahun sebulan, makin comel dan dah boleh berjalan...

Pesta buku kali ni memberikan kenangan manis antara kami berempat. Pertama, manalah tau, tahun depan kami tak mungkin lagi pergi bersama seperti tiga tahun sebelumnya. Kedua inilah kali pertama aku dapat enjoy beli buku sesuka hati, maklumlah dah ada income sendiri hehe. Ketiga, dapat jumpa kak su (Noor suraya- penulis novel). Kali ni dapat borak-borak tanpa gangguan. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, kami terpaksa berbaris untuk bertemu dengan dengan k.Su. Sambil tu korek rahsia sikit pasal Hlovate yang teringin sangat nak lihat mukanya. Tapi kata kak su kalau dia dah tunjuk muka lepas ni dia takkan menulis novel lagi. Ntah la kenapa...elergi kot! Hahaha. Kak su ada hidangkan biskut. Memang sedap! Smile

Terakhir, jika dipanjangkan umur dan murah rezeki aku berharap sangat dapat join lagi pesta buku untuk tahun seterusnya....Amin

 

P/s: Thank you to Abg hamdi sekali lagi, kerana sudi jadi peneman kami pi perta buku kali ni. Big Smile

   


Posted at 11:59 pm by Najiyah
Comments (2)  

Saturday, March 22, 2008
Lanskap politik Malaysia kini...

Aku antara calon yang mengundi di negeri Kedah hehe.Big Smile.boleh dikatakan Kedah kawasan panass gak la. Aku tak nak sentuh pasal sapa menang n sapa kalah, Cuma aku tertarik bila dengar masa kat bangsal panas, sorang kakak tu dia cakap-cakap aku tumpang dengar jer hehe kebetulan masa tu aku tengah tunggu mak aku," kali ni saluran 2 ramai orang, tak macam dulu2, dah lima minit boleh undi"...bi makna saluran dua tu saluran aku lah.. so secara tak langsung mmg boleh dikatakan saluran muda mudi ni lagi ramai yang keluar mengundi kali ni macam tu lah boleh dikatakan kesimpulan dan ditambah pulak dengan laporan dari SPR mmg golongan muda ramai yang keluar mengundi kali ni...hmm apa yang menjadi isu di sini, kuasa rakyat memang menakjubkan sampai mampu mengubah kepada sesuatu yang baru tidak mengira usia.

 

Lepas pilihan raya, aku tak miss ikuti perkembangan mengenai ulasan, bedah siasat, sumbang saran ahh macam- macam lagi tentang kemenangan dan kekalahan satu2 pari yang bertanding. Tambah lagi, di susuli dengan  isu perlantikan MB yang hangat diperkatakan dalam surat khabar, sampai ada satu pagi tu, aku nak beli  surat khabar  dekat shop kolej aku, konon2 dah rasa macam awal dah lebih kurang pukul 8.30pg, terkezut gak, rupanya at that time pon papper dah habisss dijual, macam goreng pisang ''oo panas- panas". Anyway, satu malam tu aku ada dengar satu ulasan dari sorang pensyarah  UiTM kot radio pasal PRU ni mengikut konteks bidang media dan komunikasi.

 

Apa yang buat aku tertarik katanya, rakyat Malaysia yang matang menjadikan politik berubah mengikut apa yang dikehendaki, tetapi pada masa yang sama, harus diingat setiap keputusan yang dibuat memberi kesan selama 4 tahun akan datang. Dalam hal ini, setiap keputusan haruslah difikir dengan bijak demi masa depan dan bukan membuang undi itu sewenang-wenangnya. Jadi seharusny di Malaysia diperkenalkan dan diwujudkan satu pendidikan khas cara berpolitik agar dapat difahami bagaimana berpolitik secara tulus, bersih, adil dan sebagainya. Malah dengan pendidikan seperti ini, setiap individu tahu berpolitik dengan cara yang betul dan menghasilkan politik yang sihat di kalangan rakyat khasnya. Oleh itu, setiap keputusan yang di buat tidak merosakkan masyarakat dan negara. Emm "berfikir dulu sebelum buang" tulah yang sesuai kat sini hehehe ,bukan saja nak buang bahan-bahan terbuang ja nak buang undi pon kena fakir gak ooo  k sambung balik…. Secara tidak langsung ia juga dapat menyatukan kaum dan mengelakkan dari perpecahan perpaduan.

 

Dalam hati ini tertanya- tanya, akan formula khalifah Islam terdahulu dalam memimpin negara yang pelbagai puak dan kabilah  hingga menjadikan empayar Islam berada di puncak gemilang pada ketika itu, pasti ada rahsia yang harus disingkap dalam tamadun Islam yang membawa kepada kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Inilah yang harus dicontohi oleh pemimpin- pemimpin sekarang sebagai nakhhoda yang mengemudi  kapal yang baru saja 2 minggu meninggalkan perlabuhan dan menanti di depan ombak dan badai sepanjang perjalanan sebelum kapal sampai di persingghan terakhir. Inilah amanah dan tanggung jawab yang harus dipikul wahai pemimpinku!

 

 

 

 

 

 

 "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat."

                     Al –Nisa': 58

 

p/s : syemek! cuba U teka gambaq kapai kat atas tu, masa i kat Hobart or ms kita kat pangkor???heheheTongue

 

 


Posted at 03:47 pm by Najiyah
Comment (1)  

Next Page